|
| BERKENAAN KITA | ||||||||||||
Aplikasi ini merangkumi kebanyakan fungsi perisian jadual waktu atau perisian membina jadual waktu sekolah. Selain masalah pertindihan waktu guru dan lokasi pdp dapat dielakkan, aplikasi ini dapat memaparkan lokasi atau tempat proses pembelajaran dan pengajaran yang akan berlaku pada judual waktu yang dicetak untuk dipamerkan. Waktu subjek guru tertentu tidak dapat dimasukkan dalam jadual adalah satu masalah yang sukar dielakkan dan masalah ini dapat diselesai dengan memasukkan subjek yang tercicir ini dalam jadual semula dengan mengisi waktu sendiri selepas semua jadual waktu dijana. Jarak atau penggunaan satu peranti sahaja bukan lagi satu halangan dengan menggunakan www.jadualwaktusekolah.com . Semua AJK atau beberapa guru dapat mengisi maklumat guru atau subjek yang diajar dari semua tempat pada masa yang difikir sesuai sahaja. Sambil menikmati sarapan pagi sambil menyemak kerja jadual waktu dengan menggunakan telefon pintar menjadi kenyataan bagi sebilangan guru. Semua guru dapat melayari jadual waktu sendiri atau jadual waktu kelas selepas jadual waktu sekolah siap dijana. Kemas kini jadual waktu peribadi atau jadual waktu kelas masih dapat dilakukan sebelum jadual waktu akhir disahkan untuk paparan kepada semua guru termasuk murid. Penggunaan kata laluan yang berlainan dengan menggunakan satu ID, ID pengguna atau identiti diri yang sama oleh pentadbir,guru dan murid memaparkan layaran yang tersendiri. Hanya pihak pentadbir, pihak pengurusan atau guru tertentu sahaja yang dibenarkan untuk membuat pindaan pada jadual waktu. Kemasukan guru dan murid ke dalam laman www.jadualwaktusekolah.com hanya untuk melihat jadual waktu peribadi guru atau jadual waktu kelas sahaja. Pendekatan ini membolehkan guru mencetak jadual sendiri dan murid menyimpan atau mencetak jadual waktu kelas sendiri. Pencetakan jadual yang mengambil masa yang lama menjadi satu pilihan untuk dibuat atau tidak. Perbelanjaan atau pembelian aplikasi ini tidak perlu dibuat untuk versi www.jadualwaktusekolah.com ini. Semua kerja dapat dibuat serta merta selepas sahaja pendaftaran berjaya. Kami berharap perisian atau aplikasi membina jadual waktu sekolah ini dapat membantu semua pihak. |
||||||||||||